.

09 February 2019

MENUNGGU PASTI

Hidup ini kadang-kala tidak seindah sebuah novel. Hanya menjalani dan menghadapinya tanpa banyak bicara. Hujan renyai-renyai pada petang itu. Keadaan menjadi gelap kerana awan hitam menguasai.

Zack seorang anak peniaga yang hidup sederhana. Berkulit hitam manis, bermisai, berjambang, tinggi lima kaki dan gempal sedikit. Dia menghampiri tuanangnya, Linda di meja makan.

"Awak buat apa tu.?" Tanya Zack sambil mengukir senyum di wajah linda.

"Tengah masak ni." Jawab Linda selamba. Linda seorang anak usahawan yang hidup sedikit mewah. Berkulit sawo matang, muka pauh di layang, berleher jinjang, tinggi lima kaki dan sedikit gempal.

"Amboi, awak masak apa.?!" Usik Zack kepada tunangnya.

"Linda kau yang masak, patutlah bau sedap je dekat sini." kata Hakim sambil mengusik.

"Korang nak rasa.?" Tanya Linda kepada mereka berdua sambil berselorok. Linda sedang melukis pada ketika itu.

"Amboi, nanti jadi menantu pilihan mak awak pula." Kata Zack sambil berselorok.

"Tak kisah, saya okey je." Balas Linda selamba.

Zack seakan tersipu-sipu malu. Pada ketika ìtu Hakim mengusik Zack.

"Korang bau tak.?" Tanya Hakim kepada rakan-rakan yang lain.

"Bau apa.?" Tanya Idin kepada Hakim.

"Aku macam bau nasi minyaklah. Korang ada bau tak." Jawab Hakim sambil menjeling sedikit ke arah Zack dan Linda.

"Yalah, ada bau juga." Kata Idin sambil mengukir senyum kepada Hakim.

"Korang naik apa balik ni.?" Tanya Linda kepada mereka.

"Kita orang berempat naik kereta. Zack kereta lain." Jawab Hakim.

"Awak naik apa.?" Tanya Zack kepada Linda.

"Naik teksi." Jawab Linda selamba.

"Kereta awak mana.?" Tanya Zack ingin tahu.

"Kereta saya masuk workshop." Jawab Linda lagi menjelaskannya.

"Biar saya hantar awak balik." Kata Zack mempelawa.

"Tak menyusahkan awak ke.?" Tanya Linda mencari kepastian.

"Awak sikit pun tak menyusahkan saya tau." Jawab Zack kepada Linda sambil memandangnya.

Mereka semua bingkas bangun dari kerusi dan pulang ke rumah masing-masing.

Tiga hari kemudian, Linda melayani kucing peliharaannya bernama fries. Posmen menghantar surat ke rumahnya. Ayah Linda datang melihat.

"Bungkusan dari siapa.?" Tanya ayah Linda.

"Bungkusan saya ayah." Jawab Linda.

Beberapa hari kemudian, mereka merancang untuk pergi bercuti di New Zealand. Keretapi yang mereka naiki itu kemalangan, terkeluar dari landasannya.

Pasukan penyelamat datang untuk membantu di dalam kemalangan itu. Semua mangsa berjaya di selamatkan dari kemalangan tersebut.

"Linda...Linda...!!!." Panggil Ibu Linda menangis di sisi anaknya.

"Bersabar ya puan. Ambulan dalam perjalanan ke sini." Kata salah seorang penyelamat itu.

"Neno...neno...neno..." Bunyi siren ambulan menghampiri mangsa kejadian.

Kesemua mangsa kejadian yang tercedera di bawa ke hospital yang berdekatan.

"Doktor, macamana anak kami.?" Tanya ayah Linda menghampiri doktor berkenaan yang baru saja keluar dari bilik rawatan.

"Keadaan anak Encik dalam keadaan koma tak sedarkan diri..." Kata doktor itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Ibu Linda menangis sambil memegang bahu suami tercinta. Dia  ditenangkan oleh suaminya pada ketika itu.

"Saya harap Encik dan keluarga boleh bersabar."sambung doktor itu dan berlalu pergi.

Dalam keadaan koma, fikiran Linda seolah-olah telah membawanya keluar dari era yang lain. Dia seolah-olah berada di tempat sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. Dia bertemu Zack di Tasik sebelum Linda berangkat ke New Zealand.

"Kenapa nak jumpa saya.?" Tanya Zack menghampiri Linda.

"Saya rasa mama saya tak sayangkan saya lagi." Jawab Linda seakan sedih.

"Awak tak boleh cakap macam tu. Saya yakin mama awak sayangkan awak." Balas Zack seakan memujuk.

"Tapi mama saya selalu buat hati saya sedih." Kata Linda seakan ingin menangis.

"Kita sebagai anak, kita kena hormat ibu bapa kita. Mak mana yang tak sayangkan anak. Tapi cara dia kasar sikit je." Balas Zack sambil mengukir senyum.

Seakan air jernih mengalir di sisi mata Linda. Pada ketika itu, Ibu Linda membacakan surah yassin untuk anaknya.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, fikirin Linda melayang entah ke mana. Dia bertemu Idin dan Hakim di rumah tunangnya, Zack sebelum dia bercuti ke New Zealand.

"Aku nak tanya korang ni. Siapa kenal pemimpin dunia.?" Tanya Hakim memandang mereka.

"Donald Trump." Kata Linda.

"Jim Gray." Kata Idin memberi jawapan.

Zack mengangkat tangan.

"Ya, Zack." Kata Hakim memberikan laluan kepada rakannya itu.

"Oprah Winfrey." Kata Zack lagi.

"Dekat tangan aku ada hadiah. Dan korang semua boleh buka hadiah tu, seorang demi seorang." Pesan Hakim kepada rakan-rakannya.

Hakim memberikan hadiah itu kepada rakannya seorang demi seorang membukannya. Semua rakannya menganggukkan kepala tetapi tiba di giliran Idin dia terdiam seketika seakan berfikir.

"Idin, apa yang kamu nampak.?" Tanya Hakim ingin tahu lanjut.

"Saya nampak sebuah cermin." Jawab Idin sambil memandang Hakim.

Hakim hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Macamana kita boleh jadi pemimpin.?" Tanya Hakim kepada rakan-rakannya.

"Dengan potensi yang kita ada. Kita boleh gunakan untuk jadi pemimpin." Kata Linda memberi jawapan.

"Dengan kepintaran yang kita miliki seratus peratus." Kata Zack memberi jawapan.

"Ya, betul. Kita semua boleh jadi pemimpin masa depan. Dengan potensi, kepintaran, wibawa dan kaliber sudah tentu kita boleh jadi pemimpin masa hadapan untuk mencorakan negara ke arah kemajuan." Kata Hakim panjang lebar kepada rakannya.

Di hospital tempat Linda di rawat, doktor segera datang untuk melawat pesakit. Fikiran Linda kembali pada kenyataan dan tidak dapat meneruskannya lagi.

"Your dial number is not available." Kata operator telefon itu.

"Mana pergi Linda ni. Telefon tak angkat.?" Tanya Zack sendiri sambil memandu untuk pergi ke restoran.

"Your dial number is not available." Kata operator telefon itu lagi.

Zack meletak telefonnya ke tepi. Dia mulai fokus pada  pemanduannya sampai ke destinasi.

Beberapa hari kemudian, Posmen menghantar bungkusan ke rumah Hakim. Dia seorang anak peneroka felda yang berkulit sawo matang, berjanggut sedikit, tinggi lima kaki, dan gempal sedikit.

"Terima kasih." Kata Hakim tenang dan mengambil bungkusan itu.

"Sama-sama. Balas posmen itu sambil mengukir senyum dan berlalu pergi.

Hakim masuk ke dalam rumah membawa bersama bungkusan tersebut.

"Dari mana ni.?" Tanya Hakim sendiri sambil melihat alamat yang tertera di bungkusan tersebut. Dia segera membukanya.

"Kata ada free postage. Mananya.?" Tanya Hakim lagi. Dia segera mesej nombor telefon yang tertera di bungkusan itu.

Hakim :  Hai Jack, barang semua dah selamat sampai tapi rasa macam tak cukup. Ada lagi tak dapat Jack. Kata free postage haritu tapi tak ada pun postagenya. Tak ada dalam bungkusan. Kata free.

Jack  :   Hai Hakim, postage tu kos penghantaran. Abam posmen punya upah, memanglah tak dapat postage, tu bukan barang.

Hakim ketawa sendiri membaca kenyataan Jack. Dia mengukir senyum melihat bungkusan itu seakan melepaskan lelah. Pada petang itu, Hakim ke rumah Zack. Sampai di rumah Zack kelihatan Idin dan beberapa orang rakan lain bersama mereka.

"Hai Idin, apa khabar.?" Tanya Hakim sambil bersalaman dengan Idin.

"Khabar baik." Jawab Idin tenang sambil mengukir senyum.

"Hakim jomlah join kita orang sekali." Ajak Zack mempelawa Hakim sambil memegang bahu Hakim.

Hakim hanya mengukir senyum di wajahnya. Dia duduk sekali berbual-bual dengan mereka.

"Hai, buat apa tu.?" Tanya Hakim kepada Idin. Dia melihat Idin sedang melayani telefon pada ketika itu.

"Aku tengah cari barang untuk Zack ni." Jawab Idin selamba sambil memandang Hakim.

"Barang apa tu.?" Tanya Hakim ingin kepastian.

"Dia suruh aku cari baju pengantin untuk dialah. Kawan kita seorang nikan nak tamatkan zaman bujang." Cerita Idin kepada Hakim.

"Macamana keadaan tunang kau Zack.?" Tanya Hakim ingin tahu lanjut.

"Bakal mak mertua aku kata dia beransur-ansur pulih." Jawab Zack memandang Hakim.

"Bila dia balik Malaysia.?" Tanya Hakim lagi.

"Bakal mak mertua aku kata dua minggu lagi, sebab doktor kata Linda boleh keluar dua atau tiga hari lagi. Family dia orang stay dekat sana dulu sebelum balik ke Malaysia."

"Lagi pun dia orang ada rumah dekat sana. Rumah family sebelah ayah mertua aku punya family." Cerita Zack panjang lebar.

"Seronoklah kawan kita seorang ni. Kesayangan nak balik." Kata Idin selamba sambil melihat telefon di tangannya.

Empat minggu kemudian, berlangsungnya majlis perkahwinan antara Zack dan Linda. Pasangan mempelai itu bersanding di atas pelamin yang indah. Disaksikan oleh tetamu-tetamu yang turut hadir. Setelah selesai bersanding di atas pelamin, keluarga kedua-dua belah pihak bergambar bersama dengan pasangan mempelai di atas pelamin.

No comments:

Post a Comment

Cool Blue Outer Glow Pointer