.

08 February 2019

KELUARGA LILY

Lily keluar makan malam bersama datuk dan pakcik-pakciknya.
Datuk lily  :  kenapa tali pinggang baby ni ketat sangat.
Lily mengetatkan sendiri tali pinggang baby tersebut. Kereta yang mereka naiki meluncur laju ke hadapan.
Lily        :  kita nak pergi mana.?
Datuk lily  :  kita pergi dekat restoran.
Lily [jerit gembira]: yeah, ada kek.!
Mereka membuka muzik kesukaan dan menari-nari di dalam kereta. Sampai di destinasi mereka turun dari kereta.
Pengunjung [bersalaman dengan pakcik lily]:hey kawan, lama tak jumpa.
Pakcik lily   :   hey, apa khabar.?
Pengunjung    :   khabar baik. Boleh kita bergambar bersama.
Pakcik lily   :   sudah tentu boleh.
Mereka bertiga bergambar bersama. Setelah selesai bergambar mereka bersalaman sesama sendiri. Datuk dan pakcik-pakcik lily membawa lily di suatu lorong yang sunyi.
 datuk lily : di sinilah datuk belajar ilmu persilatan.
Lily [teruja memandang hamster]: comelnya hamster ni.
Hamster itu berada di dalam sangkar yang di bawa oleh penjaga reaksi itu. Ada sebuah keluarga berkelah di taman reaksi tersebut, mereka bernyanyi dengan gembira sambil membakar ikan. Ada sekumpulan lelaki yang tidak dikenali memanjat menara.
Datuk lily [menjerit sambil melarang cucunya]: lily, jangan pergi dekat situ.!
Lelaki tidak dikenali [menghampiri datuk lily]: saya akan membuat laporan.
Datuk lily: tentang apa.?    
Lelaki tidak dikenali [dengan penuh yakin]: penderaan terhadap kanak-kanak.
Malangnya menara tersebut roboh dan terbakar. Orang yang berada di situ terkejut melihat kejadian itu.
Telefon :  kring... Kring... Kring... 
Datuk lily [hubungi ibu lily]  :  hello, awak dekat mana.?
Ibu lily [seakan terkejut]   :  bunyi apa tu ayah.?!
Datuk lily [tergagap-gagap menjawab]  :  emm, aa...yah...de...kat hutan reaksi ni.
Ibu lily [tergesa-gesa ingin pulang]          :  kita kena pulang sekarang.
Ayah lily :  apa yang berlaku.?
Ibu lily mendiamkan diri. Ayah lily mengikuti saja pemanduan isterinya itu. Sampai di hutan reaksi tersebut mereka berjumpa dengan datuk lily iaitu drac.
Datuk lily  :  maafkan ayah.
Ibu lily  :  kami akan berpindah ke rumah lain.
Sampai di rumah ibu lily seakan mengemas barang-barang mereka sekeluarga seakan ingin berpindah.
Ibu lily  :   macamana parti hari jadi kamu.?
Lily [memeluk teddy bear]    :   hari ni sangat seronok atuk bawa lily jalan-jalan.
Ibu lily hanya mengukir senyum kepada anaknya itu.
Lily    :   ibu kita akan pindah rumah lain ke.?
Ibu lily [sebelum berlalu pergi]  :   ya sayang kita akan berpindah.
Beberapa hari kemudian, mereka menjemput sanak-saudara untuk makan malam di rumah mereka.
Sepupu lily   [menyapa lily] :  hi, lily.
Lily [menyahut sapaan itu]   :  hi.
Sepupu lily        :   kenapa nak pindah rumah.?
Lily    :   tak tahulah sebab ibu nak pindah rumah.
Sepupu lily        :   dekat sinikan seronok ada rumah besar macam banglo.
Juice   :   hi, lily.
Lily    :  makcik apa khabar.?
Juice   :  khabar baik. Kamu apa khabar.?
Lily    :  khabar baik.
Ibu lily menyapa juice dan bersalaman dengannya. Mereka berdua berbual-bual mesra.
Datuk lily [menuang air kepada tetamu]  :  kamu jemput dia.?
Ibu lily [memandang juice]   :  ya  ayah, sebelum kami keluar dari rumah ni.
Beberapa minit kemudian, seorang pelayan tetamu membawa keluar kek dua tingkat dari dalam dapur. Lily terkejut dengan kejutan tersebut. Semua tetamu menyanyikan selamat hari ulang tahun untuk lily.
Ibu lily [memandang lily]     :   hari ni birthday girl anak ibu. Kamu seronok dengan sambutan hari ulang tahun ni.?
Lily [berasa gembira]        :  tentulah seronok ibu.
Semua tetamu yang turut hadir berasa gembira dengan majlis tersebut. Mereka bernyanyi dan menari-nari dalam majlis itu. Semua keluarga lily sudah berbaik semula.
Lily    :   ibu kalau macam ni kita tak jadi pindahlah.
Ibu lily [mengukir senyum]   :   ya sudah tentu.



No comments:

Post a Comment

Cool Blue Outer Glow Pointer